- Back to Home »
- SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
Senin, 10 Juni 2013
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang
Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang
bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya
ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar
ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah
Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi
Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah
menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu
kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran
yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian
angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui
bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk
Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima
cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap
akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. ,
menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama
angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang
tajam ikut dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan
Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi
Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini,
kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan
kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju
sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu
Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali
pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus
maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari
ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka
mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau
mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati
itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan
Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah
s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama
lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan
syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w.
pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan
kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab
di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak
mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu
kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah
bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.."
"Jika kamu
tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun
menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin
Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian
indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para
sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat
persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia
menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang,
sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat
syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama
Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang
memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang
seperti Amar ini.
Diberdayakan oleh Blogger.